Tuesday, 15 April 2014

Petua Banyakkan Susu Ibu

Nikmat menyusukan bayi sendiri.
Ya..Tiada perkataan yang boleh digambar, saat mengalirnya air susu ke dalam mulut anak. Nikmat anugerah yang tidak terhingga nilainya.

Jangan lupa sebenarnya masih ramai para isteri tidak mendapat anugerah tersebut.
Bila kita antara yang bertuah jagalah dengan sempurna.

Berikut adalah tips-tips mengekalkan kuantiti maksimum susu anda :

Kerapkan menyusu / mengepam  

Kekerapan menyusu/mengepam akan meningkatkan pengeluaran susu secara efektif. Wajib percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Lagi kerap payudara di kosongkan lagi banyak pengeluaran susu dihasilkan.

Minum banyak air masak

Pastikan minum air masak yang banyak ketika dalam proses penyusuan. Digalakkan minum air sebanyak 3 liter sehari.

Set minda yang positif

Sentiasa berfikiran positif. Apa yang kita fikir itu lah kita. Set minda susu sentiasa melimpah ruah untuk anak tersayang.

Disiplin

Harus sangat berdisiplin dengan jadual menyusu atau mengepam. Jangan sesekali ponteng, mesti menyusu atau mengepam bila tiba masanya.

Penyusuan malam

Amalan penyusuan di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana anda berdua lebih relaks dan memberi ruang kepada bayi menyusu dengan lebih lama dan kerap.


Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sedikit ilmu yang ada dikongsi besama sebagai panduan dan teladan. Pastikan anak-anak anda mendapat susu paling berzat di atas muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment