Wednesday 16 April 2014

Ragu Halal Shaklee

Kebelakangan ini ramai yang bertanyakan tentang status halal Shaklee.

Dengan perkembangan arus dunia yang semakin ke depan, ini membuktikan yang kita masih lagi sangat menitikberatkan tentang halal haram sesuatu produk yang nak diambil. Apatah lagi yang beragama Islam.

Sijil Halal Shaklee yang di keluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee..




ISA adalah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk di pasaran Malaysia adalah tersenarai sebagaimana di dalam sijil. Untuk pengetahuan semua, bukan semua produk Shaklee ada di pasaran Malaysia.

Pada tahun 2013 Sijil Halal Shaklee di perbaharui sebagaimana di bawah...


                                  shaklee halal certificate 2013

Bukan senang nak mendapatkan sijil halal, banyak prosedur yang terpaksa di lalui dan setelah Shaklee mendapatkannya, sepatutnya tiada isu.

Memilikinya juga bukan perkara main-main, sijil yang diiktiraf boleh ditarik balik sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kerana inilah...
Pengguna Shaklee boleh menikmati kebaikkan produk tanpa ragu-ragu

kepada yang baru nak cuba atau nak order boleh hubungi saya di


FB : Zuraida Ubaidillah | ID : 891243
SMS WSAPP : 0193284939 | Blog : vitaminsemua.blogspot.com

Tuesday 15 April 2014

Petua Banyakkan Susu Ibu

Nikmat menyusukan bayi sendiri.
Ya..Tiada perkataan yang boleh digambar, saat mengalirnya air susu ke dalam mulut anak. Nikmat anugerah yang tidak terhingga nilainya.

Jangan lupa sebenarnya masih ramai para isteri tidak mendapat anugerah tersebut.
Bila kita antara yang bertuah jagalah dengan sempurna.

Berikut adalah tips-tips mengekalkan kuantiti maksimum susu anda :

Kerapkan menyusu / mengepam  

Kekerapan menyusu/mengepam akan meningkatkan pengeluaran susu secara efektif. Wajib percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Lagi kerap payudara di kosongkan lagi banyak pengeluaran susu dihasilkan.

Minum banyak air masak

Pastikan minum air masak yang banyak ketika dalam proses penyusuan. Digalakkan minum air sebanyak 3 liter sehari.

Set minda yang positif

Sentiasa berfikiran positif. Apa yang kita fikir itu lah kita. Set minda susu sentiasa melimpah ruah untuk anak tersayang.

Disiplin

Harus sangat berdisiplin dengan jadual menyusu atau mengepam. Jangan sesekali ponteng, mesti menyusu atau mengepam bila tiba masanya.

Penyusuan malam

Amalan penyusuan di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana anda berdua lebih relaks dan memberi ruang kepada bayi menyusu dengan lebih lama dan kerap.


Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sedikit ilmu yang ada dikongsi besama sebagai panduan dan teladan. Pastikan anak-anak anda mendapat susu paling berzat di atas muka bumi ini.